'Darurat' ancam ekonomi, tambah pengangguran - IDEAS


SEBUAH
  badan pemikir memberi amaran bahawa pengisytiharan 'darurat' merupakan tindakan tidak baik untuk ekonomi dan demokrasi.

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) ketika mengulas laporan bahawa usaha kearah itu sedang cuba dilakukan berkata, mereka bimbang sekiranya 'darurat' termasuk penggantungan Parlimen dilaksanakan  

“Sentimen perniagaan akan tergugat, yang memburukkan lagi unjuran ekonomi negatif disebabkan oleh pelbagai perkara yang berlaku tahun ini,” kata ketua eksekutifnya Tricia Yeoh.

Katanya, ekonomi Malaysia menguncup buat kali pertama semenjak krisis kewangan dunia kerana wabak Covid-19, dan paling kritikal ia menjejaskan perniagaan serta golongan B40.

“Perintah darurat di seluruh negara akan hanya memburukkan lagi kesukaran yang dihadapi oleh pemilik perniagaan kecil, meningkatkan pengangguran dan mengancam pertumbuhan ekonomi.” kata IDEAS seperti dilapor FMT.
 
Spekulasi mengenai pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen tercetus berikutan mesyuarat khas Kabinet semalam.

Sementara itu jelas Yeoh, penggantungan Parlimen akan mengurangkan kebertanggungjawaban kerajaan dalam membuat keputusan, selain mengalihkan kuasa yang amat besar kepada eksekutif dan melemahkan lagi keabsahan kerajaan.

'Darurat' beri implikasi tidak baik
Belanjawan 2021 yang dijangka akan dibentangkan dan diluluskan jelasnya tidak akan melalui penelitian sekiranya Parlimen digantung.

Dalam keadaan Covid-19 bertambah buruk, Yeoh berkata, krisis itu tidak memerlukan penggantungan institusi demokrasi kerana negara sudah mempunyai Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk situasi seperti yang sedang dihadapi.

“Tambahan pula, jika perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tiada perintah berkurung dilaksanakan, alasan pelaksanaan perintah darurat yang menjadi spekulasi kerana isu politik, akan menghakis kepercayaan masyarakat awam terhadap kerajaan yang memerintah hari ini.

BACA:
Jangan silap langkah, Ahli Parlimen beri ingatan buat Muhyiddin

“Kuasa mutlak yang diberikan kepada eksekutif merupakan cerun yang licin, sesuatu yang amat berbahaya, yang boleh membawa kepada penggantungan kebebasan awam dan amalan urus tadbir yang baik.” tambahnya.

Sebelum ini,  beberapa pemimpin politik menyelar usaha mengheret negara kepada situasi 'darurat'.

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi berkata, darurat akan memudaratkan demokrasi negara untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
 

Post a Comment

0 Comments