UCAPAN Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan diadakan “pada bila-bila masa” membangkitkan rasa kurang senang dikalangan penggiat kesihatan.
Ia kerana ucapan tersebut yang dilapor oleh media dibuat ketika jumlah jangkitan baharu dilaporkan meningkat terutama selepas PRN Sabah diadakan.
Bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata “malapetaka” akan berlaku jika Sarawak mengadakan pilihan raya negeri dalam masa terdekat.
“(Saya) benar-benar berharap dia tidak serius atau disalah petik.” kata Dzulkefly, yang kini mengetuai pasukan petugas Covid-19 Selangor melalui ciapan di Twitternya.
Untuk rekod, tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak semasa berakhir pada Jun tahun depan.
Sementara itu tambah Dzulkefly, Malaysia berada di ambang jangkitan ke-3 Covid-19.
“Lagi 4 digit kes aktif, seperti pada April hingga Jun!
“Ahli politik, dengan cara ‘bi-partisan’, mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan mengurangkan malapetaka”. tegasnya.
Pentadbiran Muhyiddin baru-baru ini diserang rakyat berikutan peningkatan kes Covid-19.
Protes mereka tertumpu pada ketiadaan perintah kuarantin 14 hari bagi individu yang pulang dari Sabah dan keputusan tidak menguatkuasakan larangan perjalanan ke negeri itu walaupun berlaku peningkatan kes.
Bekas Menteri Kesihatan bidas Johari |
Ia adalah dengan memastikan kementerian kesihatan mendapat sokongan yang secukupnya, dan menjaga keselamatan pengembara dan pengundi.
Khor berkata, ahli politik perlu bertindak secara bertanggungjawab ketika kempen dan kuarantin, dengan hukuman yang jelas bagi pelanggaran peraturan. “Jika tidak, semua cakap-cakap mengenai pilihan raya adalah tidak bertanggungjawab,” kata Khor dipetik.
0 Comments