SELANGOR menjadi negeri pertama menawarkan bantuan kepada pelajar universiti yang terjejas oleh penagguhan pendaftaran pelajar yang diumumkan Kementerian Pengajian Tinggi pada saat akhir.
Kerajaan negeri Selangor akan menyediakan pengangkutan, makanan, pelitup separuh muka dan cecair pembasmi kuman golongan itu yang terjejas.
Langkah itu kata Menteri Besar susulan kebimbangan peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan serta ketidaktentuan status di pusat pengajian masing-masing.
"Tambahan lagi, keadaan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 juga menekan situasi kewangan kepada golongan mahasiswa.
"Menyedari keadaan ini, kerajaan negeri Selangor melalui Kaukus Adun Muda Selangor akan menyalurkan bantuan awalan dengan kerjasama Team Selangor, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mahasiswa PKR dan Biro Mahasiswa AMK," kata Amirudin Shari dalam kenyataan.
Difahamkan, bantuan yang diberikan itu akan memfokuskan kepada tiga kategori mahasiswa iaitu mahasiswa di Selangor yang belajar di Selangor, mahasiswa dari negeri lain yang belajar di Selangor dan mahasiswa Selangor yang belajar di negeri lain.
Sehubungan itu, pelajar yang memerlukan bantuan-bantuan itu boleh merujuk kepada pautan berikut:
Borang Edaran TS Care Kit (IPTS): http://bit.ly/mdekatA
Borang Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA Sahaja): http://bit.ly/mdekatB
Borang Bantuan Pengangkutan Anak Negeri Selangor: http://bit.ly/mdekatC
Sebelum ini, sejumlah pelajar terkandas susulan pengumuman saat akhir oleh Kementerian Pengajian Tinggi berhubung penangguhan pendaftaran fizikal pelajar yang seharusnya diadakan pada bulan ini.
Kerajaan negeri Selangor akan menyediakan pengangkutan, makanan, pelitup separuh muka dan cecair pembasmi kuman golongan itu yang terjejas.
Langkah itu kata Menteri Besar susulan kebimbangan peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan serta ketidaktentuan status di pusat pengajian masing-masing.
"Tambahan lagi, keadaan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 juga menekan situasi kewangan kepada golongan mahasiswa.
"Menyedari keadaan ini, kerajaan negeri Selangor melalui Kaukus Adun Muda Selangor akan menyalurkan bantuan awalan dengan kerjasama Team Selangor, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mahasiswa PKR dan Biro Mahasiswa AMK," kata Amirudin Shari dalam kenyataan.
Selangor bantu pelajar terkandas |
Sehubungan itu, pelajar yang memerlukan bantuan-bantuan itu boleh merujuk kepada pautan berikut:
Borang Edaran TS Care Kit (IPTS): http://bit.ly/mdekatA
Borang Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA Sahaja): http://bit.ly/mdekatB
Borang Bantuan Pengangkutan Anak Negeri Selangor: http://bit.ly/mdekatC
Sebelum ini, sejumlah pelajar terkandas susulan pengumuman saat akhir oleh Kementerian Pengajian Tinggi berhubung penangguhan pendaftaran fizikal pelajar yang seharusnya diadakan pada bulan ini.
BACA: K'jaan kena kecam setelah pengumuman saat akhir
Sebagai rekod, Ini bukan kali pertama Kementerian Pengajian Tinggi dikritik selepas dikatakan menyebabkan kekeliruan di kalangan pelajar.
Pada Mac, arahan mengelirukan antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Keselamatan Negara menyebabkan pelajar bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai penutupan kampus ekoran Covid-19.
0 Comments