Usop Wilcha saran menteri bercuti dan muhasabah diri

 Covid-19: Usop Wilcha cadang 'macai' tekan ahli politik
 


PELAWAK
terkenal, Syed Mohamad Asri Syed Zainal Abidin Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Ucop Wilcha menggesa para menteri bercuti selama dua minggu.

Ia susulan peningkatan jangkitan Covid-19 yang dicatatkan setelah berakhir kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Memetik laporan sebuah portal tempatan,  tempoh bercuti itu wajar digunakan para pemimpin terbabit untuk bermuhasabah diri.

Kecewa dengan perkembangan kebelakangan ini,  bekas Pengurus Komunikasi Korporat sebuah syarikat cari-gali minyak itu turut dengan sinis berkata, bukan menjadi suatu kerugian sekiranya para menteri tidak muncul dalam sebarang acara membabitkan rakyat.

"Teman harap-harap ahli politik terutama menteri yang balik dari Sabah elok ler bercuti selama dua minggu.

"Tak payah nak bergelut hadiri acara untuk rakyat.

"Kami rakyat tak rasa rugi pun komer (kamu) cuti, majoriti komer masuk pejabat, pergi acara tak bawa apa faedah pun," katanya.

Rakyat mengkritik kegagalan kerajaan menangani peningkatan kes Covid-19 sebelum ini, ia terutama berkait dasar kurang tegas kerajaan dalam menguatkuasa peraturan kuarantin individu yang pulang dari Sabah bagi kempen pilihan raya yang diadakan.

Menteri digesa muhasabah diri
Beberapa pemimpin parti politik termasuk seorang timbalan menteri baru-baru ini dilapor positif wabak itu.

Malah kira-kira 600 pelajar sebuah sekolah terpaksa menjalani saringan susulan seorang guru kepada ahli politik di Kedah yang berkempen di Sabah disahkan positif.

Sementara itu, Usop mencadangkan supaya "semua macai-macai politik "berhenti berpolitik buat sementara waktu dan menggunakan kuasa mereka bagi mendesak supaya ahli politik diberi tekanan dalam isu tersebut.

"Gunakan kuasa 'kemachaian' kamu yang hebat tu dengan majoriti rakyat bagi memberi tekanan kepada semua ahli-ahli politik untuk lebih tegas dalam menangani isu politik tak kira parti manapun.

"Komer-komer memang hebat bab bantei membantei ni..?" Katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments