Pemandu wanita terselamat dari maut


SEORANG
pemandu wanita terselamat dari maut apabila kereta dipandung berlanggar dengan sebuah lori muatan batu.

Kejadian itu berlaku di Jalan Tanah Liat, dekat Bukit Mertajam tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dilaporkan mengalami cedera ringan di dada, manakala pemandu lori berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Kejadian berlaku ketika kereta dipandu wanita berusia 34 tahun itu dari arah Bukit Mertajam menuju ke Kubang Semang memasuki laluan bertentangan.

"Akibat daripada itu, lori yang datang dari arah bertentangan telah bertembung menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke dalam longkang ke kiri jalan," katanya dipetik.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Penanti, Azahari Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.36 tengahari tadi berhubung kejadian tersebut.

Mangsa mengalami cedera ringan
Menurutnya, mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian.

"Mangsa diserahkan kepada kakitangan hospital dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk menerima rawatan selanjutnya.

Kes kemalangan itu menurut Shafee disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Post a Comment

0 Comments