REKOD tertinggi jangkitan harian Covid-19 yang direkodkan semalam lebur hari ini.
Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 317 kes baru direkodkan setakat tengahari Sabtu berbanding 287 kes semalam. Ia merupakan kes tertinggi pernah dicatatkan di negara ini sejak wabak itu melanda.
Daripada keseluruhan jumlah kes baru tersebut, sebanyak 37 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
"Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 176 kes," kata ketua pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Dengan perkembangan terkini itu, Malaysia setakat kini telah merekodkan 12,088 kes dengan 10,216 daripadanya sembuh termasuk 121 hari ini.
Dr Noor Hisham sementara itu memberitahu, kesemua kes jangkitan terbaru ini merupakan penularan tempatan.
Negeri yang mencatat jumlah tertinggi kes baru hari ini ialah Sabah membabitkan 155 jangkitan, diikuti Kedah 102 dan Selangor 32 kes.
Manakala Terengganu (9), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4), Johor (4), Sarawak (3), Pulau Pinang (3), Kelantan (2), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2) dan Negeri Sembilan (1).
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan satu lagi kematian berkaitan wabak berkenaan.
![]() |
317 berbanding 287 semalam |
Dr Noor Hisham berkata mangsa mula mengalami gejala batuk, kurang selera makan dan demam sejak 10 Sept sebelum dirujuk ke Hospital Tawau pada 24 Sept.
BACA: Timbalan menteri kena Covid, warga twitter salahkan ahli politik
BACA: Muhyiddin suruh ikut SOP, rakyat suruh tengok perangai menteri
Kematian terbaru itu menjadikan angka korban akibat Covid-19 kini meningkat kepada 137 kes.
Setakat ini terdapat 29 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.
0 Comments