SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi maut terlanggar tayar dekorasi di tepi jalan.
Bernama, dalam laporannya berkata, kemalangan berlaku di Jalan Sungai Miri / Sungai Pagar dekat Labuan semalam.
Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad dipetik berkata, kejadian berlaku semasa Fedelis Michaed, 22, dari Kuala Penyu,sedang menunggang dari arah Kampus Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah menghala Kampung Layang-Layangan.
Difahamkan, sebaik sampai di tempat kejadian, motosikal jenis Benelli ditunggang mangsa dipercayai tergelincir sebelum melanggar tayar dekorasi tersebut.
![]() |
Mangsa dipercayai tergelincir sendiri |
0 Comments