MUHYIDDIN Yassin memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan untuk terus mengawal dan mengurus penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.
Kata Ahli Parlimen Pagoh itu, ketika ini situasi adalah terkawal dan masih dapat dibendung hasil kerjasama pelbagai agensi dan aktiviti pemantauan kesihatan awam berterusan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Muhyiddin mendakwa kes yang dikenal pasti berlaku dikalangan tahanan dalam penjara dan kluster yang telah dikenal pasti dan terkawal.
“Untuk makluman, kebanyakan kes yang berlaku adalah dalam kalangan tahanan dalam penjara, kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan bersasar (PKPDB) dan daripada kluster yang dikenal pasti dan terkawal.
“Kesemua kawasan ini dipantau setiap masa dan aktiviti pengesanan kes serta kontak rapat dijalankan secara aktif bagi memastikan kes positif dapat dikesan dan diasingkan.
Muhyiddin dilapor mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pengurusan wabak Covid-19 pagi.
Dalam pada itu, Muhyiddin sekali lagi menyeru rakyat supaya bertenang dalam menghadapi situasi penularan Covid-19 pada masa ini serta membudayakan kebiasaan baru, selain mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
BACA: Timbalan menteri kena Covid, warga twitter salahkan ahli politik
Bagaimanapun, tinjauan di laman Facebook Malaysiakini mendapati rakyat kurang puas hati dengan jawapan diberikan. warganet terus menyalahkan ahli politik susulan peningkatan semula secara mendadak Covid-19 di Malaysia.
"Rakyat diseru ikut SOP..tapi diaorang yang gila kuasa penyebab kes covid meningkat tak diseru pula..kalau bukan perangai ahli politik yang gila kuasa di negara nie..kes takkan meningkat macam ni," kata Zamry Juntan Ry di facebook portal tersebut.
Sementara Satri Haron Sam pula mengingatkan agar Muhyiddin tidak lagi bercakap mengenai SOP kepada rakyat..."para menteri dan Ahli Parlimen tu yang engkar patut kena hukuman lebih berat," bidasnya.
Sementara itu, sebahagian rakyat mempersoal kelemahan sebenar ditunjukkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dalam menangani krisis kesihatan yang melanda negara ini.
"Pi tengok sikit menteri hang tu, dok tidoq lama sgt smpai nk buat apa apa keputusan pun lembab.
"Lepastu sampai ada yang langgar SOP pun boleh lepas nak nasihat orang buat apa? Orang tau dah apa nak buat, puak hangpa la yang tak guna," kata seorang pengguna yang menggunakan nama Najmi Shahz.
Manakala Khairul Azman pula mempersoalkan sikap sebahagian penyokong parti politik yang sebelum ini mencemuh Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan dakwaan bahawa mereka gagal menangani Covid-19.
Berdasarkan situasi hari ini, mereka mempersoalkan siapa yang akan dipersalahkan golongan itu pula.
"Dulu bila banyak kes... Orang kata PH tak ambil tindakan awal... Bila PN perintah pulak, kes naik lebih dari sebelum ni.... Salah siapa pulak ye?" soalnya.
Kata Ahli Parlimen Pagoh itu, ketika ini situasi adalah terkawal dan masih dapat dibendung hasil kerjasama pelbagai agensi dan aktiviti pemantauan kesihatan awam berterusan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Muhyiddin mendakwa kes yang dikenal pasti berlaku dikalangan tahanan dalam penjara dan kluster yang telah dikenal pasti dan terkawal.
“Untuk makluman, kebanyakan kes yang berlaku adalah dalam kalangan tahanan dalam penjara, kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan bersasar (PKPDB) dan daripada kluster yang dikenal pasti dan terkawal.
“Kesemua kawasan ini dipantau setiap masa dan aktiviti pengesanan kes serta kontak rapat dijalankan secara aktif bagi memastikan kes positif dapat dikesan dan diasingkan.
![]() |
Muhyiddin minta rakyat bertenang |
Dalam pada itu, Muhyiddin sekali lagi menyeru rakyat supaya bertenang dalam menghadapi situasi penularan Covid-19 pada masa ini serta membudayakan kebiasaan baru, selain mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
BACA: Timbalan menteri kena Covid, warga twitter salahkan ahli politik
Bagaimanapun, tinjauan di laman Facebook Malaysiakini mendapati rakyat kurang puas hati dengan jawapan diberikan. warganet terus menyalahkan ahli politik susulan peningkatan semula secara mendadak Covid-19 di Malaysia.
"Rakyat diseru ikut SOP..tapi diaorang yang gila kuasa penyebab kes covid meningkat tak diseru pula..kalau bukan perangai ahli politik yang gila kuasa di negara nie..kes takkan meningkat macam ni," kata Zamry Juntan Ry di facebook portal tersebut.
Sementara Satri Haron Sam pula mengingatkan agar Muhyiddin tidak lagi bercakap mengenai SOP kepada rakyat..."para menteri dan Ahli Parlimen tu yang engkar patut kena hukuman lebih berat," bidasnya.
Sementara itu, sebahagian rakyat mempersoal kelemahan sebenar ditunjukkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dalam menangani krisis kesihatan yang melanda negara ini.
![]() |
Sebahagian rakyat bidas Muhyiddin |