Memetik satu laporan,Ahmad Masriza mengesahkan beliau positif ujian ke-2 dilakukan Rabu lepas dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Bekas setiausaha presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi itu sebelum ini dilapor berada di Sabah untuk kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN).
"Saya tiada sebarang tanda-tanda demam dan batuk. Cuma sebelum masuk pejabat Isnin lalu, saya mengambil inisiatif sendiri untuk buat ujian swap sekali lagi dan mendapati keputusannya positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.
#KlusterMenteri
Malaysia pada masa ini berdepan gelombang kedua penularan wabak Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berlangsung.
Sebelum ini Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Razlan Rafii dan Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan antara pemimpin Umno yang positif Covid-19 ketika berkempen di PRN Sabah.
Sebelum ini, pengguna Twitter mula menyalahkan ahli politik susulan peningkatan mendadak kes baru Covid-19 semalam.
Justeru itu, mereka mula mewujudkan tanda pagar #KlusterMenteri dan #PoliticianPuncaVirus bagi meluahkan rasa berang yang dipendam.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kemudian tampil memohon maaf bagi pihak ahli partinya kepada rakyat Malaysia dan petugas barisan hadapan susulan peningkatan mendadak kes baru wabak itu.
Bagaimanapun, sebahagian pengguna media sosial yang enggan menerima permohonan maaf Zahid, misalnya pengguna akaun Twitter @derrul yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap ahli-ahli politik.
“Kamu punca segalanya, satu hari anda akan terima balasan, kami tidak terima permohonan maaf tak kira bertapa ikhlasnya.
“Kami orang Sabah akan ingat Umno dan gila kuasanya serta kamu dan Musa Aman perlu diberi tindakan #KlusterMenteri #RakyatJagaRakyat,” ciapnya dengan menyertakan kenyataan permohonan maaf Ahmad Zahid.
![]() |
Rakyat salahkan orang politik |
Beberapa kerajaan negeri HARAPAN kemudian ditumbangkan dengan yang terakhir berlaku di Sabah.
0 Comments