PRESIDEN Amanah, Mohamad Sabu menempelak Muhyiddin Yassin ditengah desas desus pengumuman 'darurat' bakal dilaksanakan.
Tegasnya, negara bukan benar-benar dalam keadaan kecemasan untuk situasi itu diisytiharkan sebagai langkah menangani Covid-19, sebaliknya Ahli Parlimen Pagoh itu merupakan pihak yang sebenar-benarnya sedang “darurat”.
“Bagi saya yang benar-benar darurat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, bukannya negara.
“Beliau dalam keadaan 'darurat' untuk mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri.
“Jika alasannya Covid-19, kita sudah ada undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini dengan berkesan, tanpa perlu kepada pengisytiharan darurat kepada negara,” kata bekas Menteri Pertahanan itu dalam satu kenyataan.
Media petang tadi melaporkan bahawa kabinet bersetuju pelaksanaan darurat dibuat atas alasan membendung penularan Covid-19.
Bagaimanapun seorang pemimpin kanan Umno yang dipetik laporan Malaysiakini percaya tindakan itu boleh memakan diri.
"Ideanya (untuk isytihar darurat) dikemukakan oleh sekelompok kecil individu dan beberapa menteri menyatakan kebimbangan (mengenai akibatnya).
“Tentunya rakyat akan melihat ini sebagai 'menggantung demokrasi' dan bukan menggantung parlimen. Ini menimbulkan lebih banyak kemarahan kepada Muhyiddin dan mereka yang berpihak kepadanya, ” jelas pemimpin berkenaan.
Muhyiddin yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas berlakunya peristiwa 'Langkah Sheraton' berdepan risiko dijatuhkan sebagai perdana menteri.
Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim mendakwa memiliki sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.
Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Anwar mengkritik tindakan tersebut yang menurutnya bakal membawa kearah kediktatoran.
Untuk rekod, Muhyiddin dijangka membentangkan Belanjawan 2021 pada November ini. Sekiranya Belanjawan itu ditolak, boleh menyebabkan Muhyiddin terpaksa melepaskan jawatan.
Walau bagaimanapun, Sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan dengan permintaan tersebut, Muhyiddin tidak perlu membentangkan Belanjawan 2021 untuk undian ahli parlimen
Tegasnya, negara bukan benar-benar dalam keadaan kecemasan untuk situasi itu diisytiharkan sebagai langkah menangani Covid-19, sebaliknya Ahli Parlimen Pagoh itu merupakan pihak yang sebenar-benarnya sedang “darurat”.
“Bagi saya yang benar-benar darurat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, bukannya negara.
“Beliau dalam keadaan 'darurat' untuk mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri.
“Jika alasannya Covid-19, kita sudah ada undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini dengan berkesan, tanpa perlu kepada pengisytiharan darurat kepada negara,” kata bekas Menteri Pertahanan itu dalam satu kenyataan.
Media petang tadi melaporkan bahawa kabinet bersetuju pelaksanaan darurat dibuat atas alasan membendung penularan Covid-19.
Bagaimanapun seorang pemimpin kanan Umno yang dipetik laporan Malaysiakini percaya tindakan itu boleh memakan diri.
"Ideanya (untuk isytihar darurat) dikemukakan oleh sekelompok kecil individu dan beberapa menteri menyatakan kebimbangan (mengenai akibatnya).
Mat Sabu tempelak Muhyiddin |

0 Comments