M'sia catat angka tertinggi kematian akibat Covid-19


MALAYSIA hari ini merekodkan kes kematian tertinggi harian berkaitan wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 10 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian melonjak kepada 214 hari ini.
 
Sebelum ini angka kematian tertinggi sebelum ini adalah 8 kes pada 29 Mac lalu.

Sementara itu, Dr Noor Hisham melalui kenyataan berkata sebanyak 710 kes baharu direkodkan  dengan Sabah terus mencatatkan negeri tertinggi dengan 528 kes.

“Daripada jumlah itu, 1 adalah kes import membabitkan bukan warganegara dari Nepal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memperincikan kes harian, Hisham berkata, selain Sabah, Selangor menduduki tempat ke-2 kes harian tertinggi dengan 62 kes diikuti Pulau Pinang (39), Negeri Sembilan (37), Labuan (19), Kuala Lumpur (10), Perak dan Johor masing-masing 4 kes, Terengganu (2), Sarawak (2) sementara Kedah dan Pahang masing-masing 1 kes, " jelasnya.

Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 24,514 kes.

Hampir cecah 25,000 kes positif Covid-19


Secara keseluruhan, setakat hari ini seramai 8,416 kes sedang dirawat sementara 467 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya 15,884 kes.


Daripada kesemua kes yang sedang dirawat,  90 kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Post a Comment

0 Comments