Spekulasi darurat: Muhyiddin didakwa cuba selamatkan kedudukan



PRESIDEN Parti Keadilan rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa khuatir dengan laporan kerajaan akan melaksanakan perintah darurat.

Melalui satu kenyataan, Anwar mendakwa tindakan tersebut adalah untuk menghalang proses Parlimen.

"Hari ini, kita mempunyai kerajaan yang tidak kukuh dan gagal untuk menunjukkan sokongan majoriti dalam Parlimen dan menggunakan isu krisis pandemik koronavirus (Covid-19) sebagai alasan untuk terus kekal berkuasa.

"Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bilamana terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara.

"Tetapi apabila kerajaan yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata satu langkah kebelakang yang akan memungkinkan kediktatoran," katanya.

Sebelum ini difahamkan, 17 Ahli Parlimen menghantar usul tidak percaya terhadap Muhyiddin. dipetik laporan media, mereka terdiri daripada 5 Ahli Parlimen pro bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, 11 Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) dan satu lagi dari Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Anwar sendiri pada akhir bulan lalu dalam satu sidang media mengumumkan telah mempunyai majoriti meyakinkan untuk mengambil alih kerajaan dari Muhyiddin.

Kenyataan Anwar itu disahkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebelum Umno menyata kembali sokongan terhadap PN dengan mengadakan 'gencatan politik' beberapa hari lalu.

Dewan Rakyat dijangka bakal mengadakan pembentangan belanjawan 2021 bulan hadapan, Belanjawan oleh kerajaan itu dijangka tidak akan mendapat sokongan Ahli Parlimen sekiranya benar Muhyiddin telah kehilangan sokongan.

Sementara itu, seorang  penganalisis politik percaya langkah “darurat” akan membolehkan Belanjawan 2021 dilakukan tanpa kelulusan Parlimen.

Didakwa langkah untuk sekat desakan
“Kalau Belanjawan 2021 tak dapat diluluskan, boleh akibatkan perdana menteri perlu letak jawatan dan kerajaan tumbang,” tambahnya.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya yang dipetik laporan FMT turut berkata, ia suatu langkah atau peluang baik kepada Muhyiddin Yassin “untuk menyelamatkan kedudukan beliau” dan “menjauhkan desakan pihak tertentu yang mahu menjatuhkannya”.

Post a Comment

0 Comments