PERDANA MENTERI Muhyiddin Yassin mungkin dapat mengekalkan jawatan sekiranya akur dan tunduk pada syarat baru yang mahu ditetapkan Umno, namun dijangka bakal berdepan banyak masalah dalam pentadbirannya kelak.
Seorang penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, bagi memenuhi syarat tersebut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu mungkin akan berdepan dilema termasuk isu integriti.
Ia termasuk tekanan dari individu-individu di dalam Umno yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah.
"Muhyiddin mengatakan bahawa beliau tidak akan berkompromi terhadap isu integriti.
"Namun, apabila Muhyiddin berdepan tuntutan daripada Umno ini, jelas menunjukkan bahawa beliau berdepan situasi dilema sama ada menerima tuntutan Umno atau ambil sikap mencari pilihan lain seperti mungkin berunding dengan proksi lain," katanya dipetik laporan Awani.
Baru-baru ini, Umno mengancam untuk menarik semula sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Muhyiddin.
Parti itu berpandangan walaupun mereka mempunyai ahli Parlimen paling ramai dalam gabungan itu, namun tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya.
Selasa lalu, mesyuarat biro politik parti itu meletakkan syarat baru untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan PN termasuk mahukan kedudukan yang lebih kukuh dalam kerajaan dengan diberikan jawatan timbalan perdana menteri dan lebih banyak jawatan dalam kementerian yang strategik.
Tambah Dr Mazlan, Muhyiddin ketika ini memerlukan sokongan daripada Umno yang mendominasi kerusi Parlimen dalam gabungan tersebut.
PN tegasnya tidak akan mampu bertahan lebih lama sekiranya Umno menarik sokongan atau mereka gagal membentuk perundingan dengan lain-lain proksi dalam politik Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad pula melihat sekiranya Muhyiddin tunduk kepada permintaan Umno, perdana menteri itu akan hilang kawalan keatas kedudukannya.
“Kalau Muhyiddin mengalah dengan tuntutan ini, ia adalah permulaan kepada pengakhiran beliau. Mula-mula ia (Umno) minta begini (dan) selepas 6 bulan ia mungkin akan minta lain,” katanya.
Seorang penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, bagi memenuhi syarat tersebut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu mungkin akan berdepan dilema termasuk isu integriti.
Ia termasuk tekanan dari individu-individu di dalam Umno yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah.
"Muhyiddin mengatakan bahawa beliau tidak akan berkompromi terhadap isu integriti.
"Namun, apabila Muhyiddin berdepan tuntutan daripada Umno ini, jelas menunjukkan bahawa beliau berdepan situasi dilema sama ada menerima tuntutan Umno atau ambil sikap mencari pilihan lain seperti mungkin berunding dengan proksi lain," katanya dipetik laporan Awani.
Baru-baru ini, Umno mengancam untuk menarik semula sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Muhyiddin.
Parti itu berpandangan walaupun mereka mempunyai ahli Parlimen paling ramai dalam gabungan itu, namun tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya.
Selasa lalu, mesyuarat biro politik parti itu meletakkan syarat baru untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan PN termasuk mahukan kedudukan yang lebih kukuh dalam kerajaan dengan diberikan jawatan timbalan perdana menteri dan lebih banyak jawatan dalam kementerian yang strategik.
Tambah Dr Mazlan, Muhyiddin ketika ini memerlukan sokongan daripada Umno yang mendominasi kerusi Parlimen dalam gabungan tersebut.
![]() |
Muhyiddin hilang kawalan jika akur |

0 Comments