Malaysia catat satu hari lagi kes harian tinggi


MALAYSIA
sekali lagi mencatatkan kes harian Covid-19 yang tinggi apabila mencatatkan sebanyak 293 kes hari ini setelah mencatatkan 317 kes baru direkod semalam dan 287 kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada  semua kes itu, 292 melibatkan penularan dalam negara dan 1 kes import.

“Daripada 292 kes penularan tempatan, 30 merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept 2020 sebanyak 206 kes,” katanya.

Dengan perkembangan itu, Malaysia kini mencatatkan kes terkumpul sebanyak 12,381 kes.

Dr Noor Hisham berkata, Sabah kekal mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi membabitkan 126 jangkitan hari ini diikuti Kedah dengan 113 kes dan Selangor 31.

“Di Sabah terdapat 126 jangkitan baru dengan 13 kes daripada kluster Bangau-Bangau, 14 daripada kluster Benteng LD, 4 daripada kluster baru, iaitu kluster Kau Sing, 78 kes saringan bergejala, 12 kes saringan kontak rapat yang melibatkan warganegara, 2 kes saringan masuk kerja yang melibatkan warganegara, 1 kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara, 1 kes saringan komuniti, dan 1 kes saringan masuk wad.

Sekali lagi Malaysia catat kes harian tertinggi
“Di Kedah ada 113 dilaporkan hari ini, dengan 112 kes daripada kluster Tembok dan 1 kes daripada kluster Bah Rose yang melibatkan warganegara.

“Di Selangor 31 dilaporkan hari ini, dengan 13 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi Sabah, 13 kes daripada kluster Jalan Meru, 3 kes daripada kluster baru, iaitu kluster Embun dan 2 kes saringan kontak rapat,” katanya.

Sementara itu, di Johor terdapat 8 kes, Wilayah Persekutuan Labuan (5), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2), Negeri Sembilan (2), Perak (2), Pulau Pinang (1), Kelantan (1) dan Sarawak (1).

Dalam perkembang sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak 67 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu. Ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih setakat kini ialah 10,283.

kes aktif dengan kebolehjangkitan buat masa ini adalah sebanyak 1,961 kes. 28 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 4 memerlukan alat bantuan pernafasan.
 
Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal 137 orang.


Post a Comment

0 Comments