KESATUAN Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) menggesa institusi perbankan segera melaksanakan semula moratorium.
Setiausaha agungnya J Solomon dipetik berkata, moratorium itu perlu dilaksana sekurang-kurangnya bagi tempoh 3 bulan lagi bagi meringankan beban dihadapi golongan berpendapatan rendah.
“Kerajaan harus segera memperoleh persetujuan bank untuk melaksanakan moratorium keseluruhan untuk sekurang-kuranganya 3 bulan bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah, khususnya B40 dan M40.
“Kemudahan sama harus juga diberikan kepada syarikat yang terus terkesan akibat kemelesetan ekonomi kerana Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, moratorium bersasar yang diperkenalkan mulai bulan ini dilihat tidak mampu menangani beban kewangan golonagn B40 dan M40 dalam mengharungi pandemik Covid-19.
Beliau berkata, ramai daripada mereka mempunyai anggota keluarga yang terkesan kerana hilang pekerjaan atau gaji dipotong, menyebabkan pendapatan isi keluarga merosot dan menambah kesulitan kewangan, khususnya kemampuan untuk membayar pinjaman bank.
“Situasi ini bukan sahaja melibatkan ahli NUBE tetapi ratusan ribu keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara.
“Kehilangan pekerjaan atau pemotongan gaji walau seorang ahli keluarga menjejaskan pendapatan seluruh isi keluarga dan memberi tekanan tambahan terhadap kemampuan mereka untuk membayar pinjaman perumahan, kenderaan dan pinjaman peribadi oleh bank,” katanya lagi.
Katahya, justeru ahli NUBE dan ratusan ribuan pekerja lain memerlukan moratorium keseluruhan kerana moratorium bersasar mengecualikan mereka daripada kemudahan itu hanya kerana mereka masih bekerja.
NUBE gesa sambung moratorium |
“Moratorium keseluruhan atas pinjaman bank ini tidak harus melibatkan sebarang caj tambahan seperti faedah terakru dan faedah kompaun,” jelas Solomon lagi.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan dan bank bertindak segera melaksana langkah motatorium itu kerana gelombang ke-2 Covid-19 dikhuatiri melanda Malaysia dengan peningkatkan kes di negeri tertentu.
“Jika semakin memburuk, ia akan memaksa kerajaan melaksanakan semula langkah pencegahan drastik yang tentunya menambah kesulitan pekerja dan sektor perniagaan.
"Justeru, mereka harus dibela menerusi moratorium keseluruhan,” katanya.
BACA: Muhyiddin lemah, gagal laksana moratorium tersasar - Anwar
BACA: Moratorium: Anwar gesa pendekatan lebih holistik
Untuk rekod, gesaan supaya kerajaan melanjutkan tempoh moratorium telah disuarakan banyak pihak. Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) antara pemimpin negara yang terawal menggesa agar langkah itu dilaksana sebagai usaha meringan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
0 Comments