PENYANYI lagu memburu rindu, Datuk Hattan, dilapor mendapatkan mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu kota baru-baru ini berikutan masalah injap jantung tersumbat.
Melalui kemas kini di laman sosial Faceboonya, Hattan, 56, memaklumkan dirinya kini berada dalam keadaan stabil selepas tuga hari dirawat.
Menurut isterinya, Datin Arianie Mohd Abidin, kesihatan Hattan kini semakin baik dan telah dibenarkan pulang dan berehat di rumah.
"Alhamdulillah, suami sudah boleh pulang ke rumah selepas tiga hari mendapat rawatan. Keadaannya juga semakin baik.
"Mengikut laporan pemeriksaan, suami berdepan dengan injap jantung yang tersumbat. Dengan izin-Nya, insya-Allah boleh sembuh dengan makan ubat yang disyorkan dan tak perlu membuat ujian angiogram.
"Tahap kolestrol tinggi, jadi kena dipantau dan dijaga. Bagus juga timbul kesedaran nak terus buat pemeriksaan lanjut apabila rasa tak kena pada peringkat awal," katanya dipetik BH Online.
Terdahulu, Arianie berkata, suaminya itu mengadu sakit dada sejak beberapa hari lalu.
"Suami rasa sakit pada bahagian dada dan tangan kebas. Tanpa membuang masa, saya terus membawanya mendapatkan rawatan.
"Secara kebetulan, dalam sejarah keluarganya ada yang sakit jantung. Jadi, tak mustahil penyakit yang sama boleh kena padanya," katanya sambil memaklumkan beliau kini memantau pemakanan suaminya.

0 Comments