TIGA penganalisis politik terkenal tidak menolak kemungkinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terbentuk menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu akan berpecah.
Memetik laporan FMT, mereka meramalkan gabungan longgar itu sukar mengekalkan kesatuan. Isu antaranya pergaduhan dalaman dan persaingan sesama sendiri yang tidak dikawal boleh memicu kepada keruntuhan gabungan itu.
“Kalau mereka boleh bertahan selama kira-kira 6 bulan lagi, kita boleh anggap itu sebagai suatu kejayaan. Mari kita tengok apakah mereka boleh atasi perbezaan antara mereka dalam 6 bulan pertama ini.” kata Dr. Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak seperti dilapor portal itu.
Arnold sebelumnya menarik perhatian kepada perkembangan pada Selasa lepas, antara Ketua Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin, dan Ketua Menteri dari parti Bersatu, Hajiji Noor.
Sumber sebelum ini menyatakan Bung tidak berpuas hati dengan jawatan yang diberikan kepada BN oleh Hajiji dan segera meninggalkan Istana Negeri selepas acara mengangkat sumpah jawatan.
Situasi dilapor reda selepas Hajiji mengumumkan penukaran portfolio Bung (perumahan dan kerajaan tempatan) kepada portfolio kerja raya.
“Nampaknya ini permulaan yang sukar bagi GRS…ini bukanlah langkah pertama yang bagus untuk sebuah kerajaan baharu,” kata Arnold ketika mengulas perkara itu.
Sementara itu, Penganalisis sosio-politik, Prof Dr. Awang Azman Awang Pawi, dari Universiti Malaya percaya perkembangan pada Selasa itu hanya sebahagian kecil daripada bibit perpecahan dalam GRS.
Beliau percaya perselisihan akan berpanjangan dan akan ternampak pada perebutan jawatan di peringkat negeri hingga ke akar umbi.
“Ini akan berlaku dalam pembahagian jawatan di pihak berkuasa tempatan dan daerah, malah apabila melibatkan pembahagian projek daripada yang besar-besar sehinggalah sekecil-kecil kerja seperti potong rumput dan baik pulih longkang.
“GRS akan lagi goyah dan rapuh apabila sampai masanya untuk membahagian kerusi Parlimen, memandangkan kita menuju pilihan raya umum,” katanya dipetik laporan sama.
Prof Bridget Welsh dari University of Nottingham (Malaysia) pula melihat kemenangan dicapai GRS para PRN lalu tidak cukup kuat untuk memastikan gabungan itu kukuh.
Jelasnya, jika mana pihak dalam gabungan itu bertindak meninggalkan GRS, ia akan menyebabkan gabungan itu runtuh.
"Majoriti cukup tapi tak kukuh kerana GRS akan goyah jika satu pihak meninggalkannya," jelasnya.

![]() |
GRS dijangka sukar bertahan |

0 Comments