PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump disahkan positif Covid-19.
Pengumuman itu dibuat oleh Trump melalui ciapan di akaun rasmi Twitter beliau, turut dikesan positif ialah isterinya, Melania Trump.
Media sebelum ini melaporkan, Trump dan seorang kakitangannya, Hope Hicks berada bersama di dalam pesawat Air Force One ketika presiden itu menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya beliau.
Hicks dikesan positif virus tersebut.
Susulan pengesahan keputusan positif Hicks, Trump mengumumkan akan menjalani kuarantin . Bagaimanapun, kira-kira dua jam kemudian, Trump mengesahkan beliau dan isteri juga didapati positif virus berkenaan.
Perkembangan terbaru ini menambah ketidaktentuan kepada perjalanan kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, yang akan berlangsung pada 3 November ini.
Dengan berbaki sebulan lagi, Trump dan pesaingnya daripada Parti Demokrat, Joe Biden kini memasuki fasa akhir kempen masing-masing.
Awal tahun ini, Trump sering dikritik kerana mengambil mudah penularan wabak tersebut di Amerika Syarikat.
![]() |
Trump disahkan positif Covid-19 |
Amerika Syarikat masih menjadi negara paling teruk terkesan dengan pandemik tersebut.
Negara itu setakat kini mencatatkan hampir 6.3 juta kes positif dan hampir 190,000 kematian.
0 Comments