SAMAN RM10 juta terhadap bekas naib presiden KEADILAN Zuraida Kamaruddin telah dibuat.
Bendahari Agung parti itu Lee Chean Chung berkata, tuntutan saman itu berdasarkan bon jaminan Ahli Parlimen Ampang itu sebelum ini yang bersetuju untuk membayar pampasan kepada parti sekiranya mereka berpaling tadah daripada KEADILAN, dan memperuntukkan kerusi itu untuk kepentingan peribadi, di samping menggunakannya bagi tujuan yang bertentangan daripada kepentingan parti.
Mengikut syarat-syarat bon itu, kata Lee, Zuraida mengakui parti menanggung perbelanjaan yang besar dari segi promosi nama Parti Keadilan Rakyat dan penggunaan lambang dan tanda parti, yang bernilai lebih RM10 juta.
“Parti melalui peguam mengeluarkan surat tuntuan bertarikh 7 Ogos lalu, meminta Zuraida membayar RM10 juta, sesuai dengan syarat-syarat yang ditetapkan bon tersebut.
“Zuraida gagal, tidak mahu, dan/atau mengabaikan bayaran RM10 juta itu. Demikian itu, parti memfailkan tuntutan terhadap Zuraida pada 28 Sept bagi menuntut jumlah itu.” kata Lee dalam kenyataan.
Menurutnya, peguam KEADILAN berusaha menyerahkan surat tuntutan kepada Zuraida pada 30 Sept dan 1 Okt tetapi gagal berbuat demikian.
“Peguam parti menulis kepadanya meminta beliau melantik peguam untuk terima bagi pihaknya.” tambahnya lagi.
Zuraida bersama 10 ahli Parlimen lain mengumumkan peletakan keahlian masing-masing pada 10 Feb. Ini disusuli dengan resolusi majlis pimpinan pusat KEADILAN membatalkan keahlian Zuraida berkuatkuasa serta-merta.
![]() |
KEADILAN tuntutan RM10 juta dari Zuraida |
Mereka yang sebelum ini dilapor telah dihantar kepada mereka surat tuntutan termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)
Selain Azmin dan Zuraida, surat tuntutan itu turut dihantar kepada Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian (Selangau).
ADUN pula melibatkan Dr Chong Fat Full (Pemanis), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh).
0 Comments