MANTAN timbalan perdana menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan membatalkan hasrat untuk mewujudkan taman bimbingan kawan-kanak (Tabika) elit.
Dalam kenyataannya, wan Azizah berkata, kewujudan tabika elit hanya akan melebarkan jurang antara B40 dan T20 dan akhirnya boleh menjurus kepada keretakan perpaduan masyarakat.
"Malaysia seharusnya melangkah ke arah pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak yang dapat memberikan kesaksamaan terhadap pendidikan yang berkualiti.
“Tabika elit yang dicadangkan itu adalah bertentangan dengan aspirasi ini dalam pendidikan awal kanak-kanak.
“Aspirasi pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak ini telah dipelopori sebelum ini dengan rancangan menggabungkan institusi-institusi pendidikan awal kanak-kanak melalui penubuhan satu jawatankuasa khas,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Pada Selasa, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Abdul Rahman Mohamad berkata, kementeriannya merancang untuk menubuhkan tabika jenis itu dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
![]() |
Tabika elit menjurus perpecahan |
Media turut melaporkan bahawa kertas cadangan “tabika elit’ sedangdiperincikan dan akan dibentang dalam mesyuarat Kabinet
Sementara itu, Wan Azizah menjelaskan bahawa berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wawasan strategik dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu menitik beratkan kualiti persekitaran yang membina, termasuk pendekatan hidup dan pendidikan yang melibatkan ibu bapa, penjaga, keluarga dan masyarakat.
“WHO berpendapat kerajaan dan masyarakat sivil harus bekerjasama dengan keluarga bagi menyediakan akses yang saksama kepada semua kanak-kanak kepada persekitaran yang berkualiti lagi membina,” tambah Ahli Parlimen Pandan yang pernah mengetuai kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu lagi.
0 Comments