Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia


AHLI Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong dilapor telah meninggal dunia kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Berita kematian bekas menteri undang-undang era Pakatan Harapan (HARAPAN) itu disahkan Timbalan presiden Warisan Darell Leiking dan anggota parlimen Sandakan Vivian Wong.

Mendiang yang berusia 60 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.
 
Pada awal minggu ini, Liew dilapor koma dan dimasukkan ke hospital, mendiang dipercayai terkena jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut seorang pegawai mendiang yang dipetik laporan media, sekitar jam 8 pagi tadi, kadar oksigen Liew masih stabil.

"Namun, tahap kesihatannya semakin merosot dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawat beliau," katanya.

Selama hayatnya, mendiang yang lebih dikenali sebagai VK Liew melalui perjalanan politik penuh warna-warni.

VK Liew meninggal pada usia 60 tahun


Dia pernah memimpin Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), yang menjadi komponen BN ketika itu, sebelum menyertai Warisan.


Mendiang juga pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri bawah pentadbiran bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan Najib Razak pada 2009 hingga 2013.

Dilahirkan pada 18 Januari 1960 di Kota Belud, Liew ditauliahkan sebagai peguam oleh Lincoln's Inn, London selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti North London pada 1987

Difahamkan, jasad mendiang akan dibawa ke kediamannya di Likas untuk upacara seterusnya.

Post a Comment

0 Comments