Covid-19: 33 juta kes seluruh dunia, 1 juta telah terkorban


JUMLAH kumulatif kematian global akibat pendemik Covid-19 direkodkan sudah melebihi sejuta kes.

Berdasarkan statistik terkini dikeluarkan Johns Hopkins University, Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 206,000 kes. Ia diikuti Brazil dengan 142,000 kes.

Negara-negara lain masih mencatatkan jumlah korban dibawah 100,000 dengan India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 97,000 dan 77,000 angka korban.
 
Jumlah kematian di United Kingdom pula sudah menghampiri angka 50,000 kes, setakat ini negara itu telah mencatatkan 42,000 kes.

Itali, Peru, Perancis dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes, manakala Iran dan Columbia pula merekodkan angka lebih 26,000 kes korban. Rusia mencatatkan 20,000 kes kematian.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Sementara itu, berdasarkan statistik serupa, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di peringkat global telah melebihi 33 juta kes.

Di Amerika sahaja, sebanyak 7.21 kes telah direkodkan. Negara kuasa besar dunia itu merupakan yang paling terjejas teruk akibat pendemik berkenaan.

Lebih sejuta jadi korban


India pula ditempat kedua dengan 6.26 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.78 juta kes dan Rusia pula melepasi angka 1.17 juta kes.


Angka jangkitan di Colombia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan dan Perancis melepasi angka setengah juta kes.

Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Iraq, Arab Saudi, Turki, Itali, Pakistan dan Filipina mencatatkan antara 300,000 hingga 500,000 kes.

Negara jiran Indonesia merupakan antara negara yang mencatatkan jumlah jangkitan antara 100,000 hingga 200,000 kes bersama Jerman, Israel, Ukraine, Kanada, Ecuador, Bolivia, dan Qatar.

Manakala negara lain masih merekodkan angka positif dibawah 100,000 kes.




Post a Comment

0 Comments