KERAJAAN pimpinan Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai telah mengabaikan tanggungjawab yang serius apabila gagal mengenakan moratorium bersasar bagi meringankan beban peminjam kewangan.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), DatuK Seri Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan berkata, keputusan pentadbiran Muhyiddin tidak melanjutkan moratorium pinjaman selama tiga bulan seperti yang digesa banyak pihak sesuatu yang amat mengecewakan.
Jelas Anwar, Kepimpinan kerajaan hari ini dilihat lemah apabila meletakkan para peminjam di bawah telunjuk institusi bank.
"Kita belum nampak sebarang dampak pemulihan yang berkesan, terutamanya dalam aspek sumber pendapatan golongan berpendapatan rendah, atau aliran masuk yang stabil kepada pengusaha-pengusaha kecil di Malaysia.
"Kelas peminjam seperti ini mesti diberi perhatian oleh kerajaan.
"Meski saya sangat komited pada kebijakan sistem perbankan yang bingkas, namun harus ditegaskan bahawa sektor tersebut mesti telus dan ada kebertanggungjawaban," katanya.
Anwar turut memetik laporan terkini yang menyatakan bahawa bank-bank secara umumnya telah menghubungi seramai 1.4 juta peminjam, di mana sejumlah 380,000 dari angka tersebut telah memohon untuk lanjutan pinjaman dan bantuan kewangan.
"Dari 380,000 itu, sebanyak 98% telah diberikan dukungan kewangan oleh institusi bank.
"Meski saya puji langkah tersebut, namun yang seharusnya diambil kira adalah terdapat 8.3 juta peminjam di Malaysia.
"Secara ringkasnya, bank-bank hanya dapat berhubung dengan 17% dari jumlah keseluruhan peminjam.
"Angka ini tidak begitu meyakinkan, dan ia mencerminkan betapa kerajaan dan institusi bank masih belum memahami sentimen keseluruhan para peminjam," tambah Anwar lagi.
![]() |
Anwar lahirkan rasa kecewa |
Ia menurut Anwar perlu dibentangkan di parlimen supaya ahli-ahli parlimen dapat merencana, mencari jalan dan dapat memungkinkan kebijakan yang munasabah dan menyeluruh.
"Saya gesa kerajaan untuk segera mengkaji semula langkah ini, dan melaksanakan moratoriun pinjaman secara bersasar, dengan fokus utama adalah kepada peminjam yang berpendapatan rendah dan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana," tambahnya.
0 Comments