SEORANG pemimpin UMNO mendakwa parti itu telah sedar bahawa kerjasama dalam perikatan Nasional (PN) yang dipelopori Muhyiddin Yassin tidak seperti dibayangkan.
Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa, Perdana Menteri itu tidak pernah menunjukkan rasa hormat beliau kepada rakan parti serta pemimpin tertinggi UMNO dan PAS sepanjang tempoh dua parti utama itu menyokong pentadbiran Ahli Parlimen Pagoh itu.
Ia jelas Nur Jazlan dapat dibuktikan apabila Muhyiddin tidak pernah memanggil mesyuarat secara rasmi membabitkan pucuk pimpinan utama UMNO dan Pas sepanjang menerajui kerajaan.
"Apa yang Muhyiddin buat dalam tempoh lapan bulan berkuasa ini? Satu mesyuarat rasmi pun tak pernah beliau anjurkan dengan Presiden UMNO dan Pas.
"Muhyiddin mahukan sokongan daripada dua parti besar ini tetapi beliau tak hormat langsung kepada parti dan pemimpinnya," katanya dalam satu kenyataan media.
Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu turut mendakwa Muhyiddin bijak mengatur permainan untuk memastikan kelangsungan karier politiknya.
Jadi katanya, beliau tidak hairan mengapa UMNO yang kini menyedari perkara itu sudah hilang kepercayaan dan hormat kepada Muhyiddin dan parti Bersatu dipimpinnya. .
“Tindak tanduk beliau dalam PRN Sabah menjadi bukti. Ahli UMNO sudah sedar bahawa ‘Abah Din’ bukan seorang bapa perpaduan tapi adalah seorang individu yang hidup dengan memecahbelahkan orang lain.
"Persoalannya adakah UMNO masih boleh mempercayai beliau sebagai rakan kerjasama yang jujur atau tidak?" ujarnya.
Nur Jazlan juga mendedahkan, biarpun ketika ini Kerajaan PN semakin tersepit setelah diasak oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan usul undi tidak percaya yang dimulakan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, namun Muhyiddin masih berusaha mencari jalan untuk menyelamatkan pentadbiran beliau menjelang Sidang Dewan Rakyat bulan depan.
Katanya, beliau percaya Muhyiddin akan cuba mencari jalan untuk menggagalkan usul undi tidak percaya terhadap beliau nanti dan menyelamatkan Kerajaan PN.
"Sebenarnya bila Anwar mendakwa beliau ada majoriti untuk mengambil alih kerajaan, Muhyiddin jadi gelabah.
"Selepas itu bila UMNO pula mahu menarik balik sokongan terhadap Kerajaan PN dan wujud usul undi tidak percaya, beliau semakin gelisah serta cuba cari jalan lain untuk mempertahankan kerajaan yang rapuh itu.
"Kita tunggu dan lihat apa yang Muhyiddin nak buat lagi lepas ini. Apa yang pasti beliau semakin terdesak," katanya
Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa, Perdana Menteri itu tidak pernah menunjukkan rasa hormat beliau kepada rakan parti serta pemimpin tertinggi UMNO dan PAS sepanjang tempoh dua parti utama itu menyokong pentadbiran Ahli Parlimen Pagoh itu.
Ia jelas Nur Jazlan dapat dibuktikan apabila Muhyiddin tidak pernah memanggil mesyuarat secara rasmi membabitkan pucuk pimpinan utama UMNO dan Pas sepanjang menerajui kerajaan.
![]() |
Muhyiddin didakwa cuba gagalkan usul |

0 Comments