Mahathir jual nama Anwar untuk raih sokongan ?

SEORANG pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) secara terbuka mengkritik cadangan agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kembali mengetuai pentadbiran negara untuk kali ketiga.

Ramkarpal Singh yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, negara memerlukan pembaharuan dan Tun Mahathir bukan pemimpin yang boleh diharapkan untuk tujuan itu.

Beliau turut menyalahkan bekas Pengerusi parti Bersatu itu sebagai punca ketidakstabilan politik dalam negara hari ini.

"Andalah sebab mengapa negara ini (dalam keadaan seperti ini) sekarang. Andalah sebab mengapa negara ini perlukan pembaharuan.
.
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan Mahathir selepas disingkir dari Bersatu baru-baru ini mencadangkan Ahli Parlimen Langkawi itu menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sehingga PRU15.

Cadangan itu muncul ditengah-tengah usaha Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil semula mandat kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN).

Selepas keruntuhan pentabdiran HARAPAN pada Mac lalu, gabungan itu mendakwa ia mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang cukup untuk kembali menubuhkan kerajaan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir dilihat cuba menyukarkan laluan untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Bekas Presiden Umno itu sekali lagi cuba memintas Anwar dengan cadangan agar dirinya dilantik perdana menteri sekali lagi untuk tempoh enam bulan sebelum diserahkan kepada Anwar.

Ram Karpal kritik Tun M tanpa selindung
Susulan pendirian KEADILAN yang menolak cadangan itu, Mahathir kemudiannya menamakan Presiden sebuah parti tempatan Sabah, Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Ramkarpal membangkitkan bagaimana Mahathir meletakkan jawatan pada awal tahun ini tanpa berbincang dengan pimpinan HARAPAN serta janjinya agar Anwar menggantikannya.

"Dia letak jawatan sebagai perdana menteri. Dia kata ini kerana dia dikatakan tidak lagi ada majoriti pada masa itu...Dia tidak peduli untuk berunding dengan kerajaannya atau Kabinetnya. Dia buat mengikut caranya sendiri.

"Adakah kita akan lantik orang sama yang berjanji kepada negara yang dia akan serahkan baton kepada Anwar tetapi hari ini memberitahu kita dia tidak sesuai untuk negara?

"Dia benar-benar mahukan kerajaan tanpa Anwar, dan ia membangkitkan persoalan: Mengapa anda berbohong pada masa lalu dengan menjanjikan jawatan (perdana menteri) kepadanya? Untuk raih undi?" soalnya lagi.

Ramkarpal juga membangkitkan tindakan lampau Mahathir ketika memegang kuasa termasuk menggunakan pihak berkuasa untuk penangkapan pengkritik kerajaan.

"Anda musnahkan sistem kehakiman, penjarakan ramai orang kerana mereka menentang anda. Masih ingat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?" soalnya kepada pemimpin politik yang hampir menjangkau usia 100 tahun itu.

Post a Comment

0 Comments