Positif Covid-19 di Malaysia telah lepas angka 10 ribu


JUMLAH
keseluruhan kes Covid-19 yang dikesan di negara ini telah melepasi angka 10,000 kes.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan siang tadi berkata, 62 kes baru dikesan sekaligus menjadikan jumlah kes positif di negara ini sebanyak 10,031 kes.

Seperti semalam, Sabah terus merekodkan kes tertinggi harian dengan 59 kes termasuk 48 daripada kluster Benteng, Lahad Datu.

Baki kes dikesan hari ini masing-masing 1 kes di Kedah dan Pulau Pinang dan 1 kes import membabitkan warga Malaysia yang pulang dari India.

"Daripada 61 penularan tempatan itu, 41 kes membabitkan warga Malaysia dan 20 bukan warganegara.

"Di Sabah 48 kes daripada kluster Benteng membabitkan 20 bukan warganegara, 4 kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu, 3 kes saringan di pintu masuk antarabangsa (PMA) dari Semenanjung dan 2 kes saringan di Penjara Sandakan.

“Di Kedah, 1 kes direkodkan daripada kluster Sungai manakala 1 kes saringan kontak rapat daripada kes ke-9,397 dan ke-9,459 di Pulau Pinang. Beliau merupakan ahli keluarga dan duduk serumah dengan kedua-dua kes ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan 26 kes telah pulih hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari wabak itu setakat ini adalah sebanyak 9,235 kes (92.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 668 kes dimana kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada jumlah itu, 15 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 3 memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 128.
 

Post a Comment

0 Comments