JUMLAH kumulatif positif Covid-19 diperingkat global kini menghampiri angka 30 juta kes.
Setakat pagi tadi, sebanyak 29.6 juta kes telah direkodkan setelah hampir 500,000 jangkitan baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Berdasarkan data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.6 juta kes jangkitan setakat ini.
India mencatatkan 5.02 juta kes manakala Brazil ketiga tertinggi dengan 4.38 juta kes.
Rusia melepasi angka 1 juta kes. Manakala Peru, Columbia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.
Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Pakistan mencatatkan 300,000 kes. Iraq, Turki, Itali, Filipina Jerman dan Indonesia pula mencatatkan kes melebihi 200,000 kes.
Dalam pada itu, Ukraine, Israel, Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador, Kazakhstan dan Romania mencatatkan lebih 100,000 kes manakala negara lain mencatatkan kes dibawah jumlah itu.
Data Johns Hopkins turut menunjukkan kematian global kini hampir mencecat 1 juta kes.
Setakat ini 937,000 kematian telah dilaporkan dengan lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Amerika Syarikat (AS) terus merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 196,000 kes manakala Brazil dengan 133,000 kes.
Negara-negara lain antaranya India dan Mexico masing-masing merekodkan 82,000 dan 71,000 angka korban.
United Kingdom (UK) pula mencatatkan 41,000 kes kematian.
Itali, Perancis, Peru dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.
Iran dan Colombia pula merekodkan angka lebih 23,000 kes korban.
manakala lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
0 Comments