Ahli Parlimen KEADILAN bantu rakyat hilang kerja


AHLI
Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mengambil inisiatif membuka sebuah pusat kerja dan latihan 2 tingkat.

Keputusan membuka pusat latihan bersebelahan pusat khidmatnya itu bagi membantu penduduk sekitar yang kehilangan kerja selepas program subsidi upah diumum kerajaan berakhir bulan ini.

Memetik laporan FMT, Pengarah Komunikasi parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu berkata, pusat kerja tersebut mensasarkan untuk membantu individu dalam kumpulan B40 namun terbuka untuk semua orang.

Pusat itu akan bekerjasama dengan perniagaan tempatan, agensi kerajaan, Tabung Pembangunan Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja untuk kekosongan pekerjaan di kawasan itu.

Pusat itu juga akan membantu orang untuk menubuhkan perniagaan dalam talian.

“Ideanya ialah melihat jika boleh bekerja dalam kawasan setempat dengan tidak perlu berulang-alik 3 jam setiap hari.

“Kami juga akan melihat sokongan sektor,” katanya sambil memetik contoh pembersih yang dibuang kerja akibat penutupan hotel, tetapi masih boleh dipindahkan ke syarikat lain di kawasan Lembah Pantai.

Beliau berkata, pusat kerja itu juga berharap boleh mendapat lebih banyak maklumat mengenai permintaan dan tawaran dalam pasaran kerja memandangkan tiada statistik mengenai jumlah penganggur berdasarkan kawasan Parlimen.

“Kita sekarang ada statistik pengangguran berdasarkan negeri saja.”

Pusat kerja dan latihan itu yangmula beroperasi hari ini turut dilengkapi sebuah dewan, perpustakaan dan pusat internet untuk belia.

Post a Comment

0 Comments