TINDAKAN perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang cuba mendapatkan undi rakyat sabah dengan menggunakan isu bantuan dikritik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Pengarah Komunikasi parti itu, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, presien Bersatu itu tidak seharusnya menggunakan isu bantuan bagi berkempen untuk calon-calon mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, beliau merasa terkejut membaca laporan berhubung kenyataan Muhyiddin bahawa lebih banyak bantuan akan disalurkan sekiranya pengundi Sabah memilih parti kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) nanti.
"Dengan kata lain, kenyataan ini berniat mempengaruhi pengundi dengan tawaran, “Undi parti Kerajaan Persekutuan, bantuan lebih banyak. Undi yang lain, bantu cukup syarat sahaja.”
"Ini adalah amalan 'cash is king', yang dahulunya ditegur dan dilawan Perdana Menteri sendiri.
"Malangnya, kenyataan beliau ini mirip apa yang beliau sendiri tegur dan lawan dahulu. Apa sudah jadi?" soal beliau menerusi satu kenyataan.
Muhyiddin dalam satu program di Kudat baru-baru ini berkata lebih banyak bantuan dan peruntukan dapat disalurkan kepada Sabah untuk dinikmati rakyat di negeri itu sekiranya kepimpinan kerajaan Negeri di Bawah Bayu sebaris dengan Kerajaan Persekutuan.
![]() |
Fahmi kritik Muhyiddin |
BACA: Bersih dakwa Muhyiddin rasuah, Mahu SPRM siasat
Ia susulan tindakannya cuba meraih sokongan dengan penyampaian sebuah cek replika untuk bantuan lebih RM60 juta dalam majlis kerajaan persekutuan di Beaufort.
Sementara itu menurut Fahmi lagi, rakyat Sabah berhak memilih mana-mana parti yang mereka ingin dan kerajaan Persekutuan tiada hak untuk menafikan keputusan rakyat.
"Saya percaya rakyat Sabah cukup matang dalam menilai yang mana kaca, yang mana permata," katanya.
0 Comments