BEKAS Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin mendakwa Muhyiddin Yassin mengambil kredit dari hasil usaha bekas menteri kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi digunakan bagi meraih sokongan di Sabah.
Mengulas isu elaun sara hidup dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang diumumkan Perdana Menteri, Sim berkata, ia sebenarnya ialah titik peluh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan pasukan mereka sepanjang 22 bulan dalam kementerian.
"Beliau (Muhyiddin) jangan hanya nak ambil kredit dan nama semata-mata nak menangkan pilihan raya.
"Hakikatnya, kerajaan PN kurang menunjukkan kreativiti atau dasar-dasar baru yang memberangsangkan.
"Rakyat masih tak nampak dasar baru dalam sektor pertanian di bawah kerajaan PN. Mereka hanya meneruskan dasar diusahakan oleh kerajaan HARAPAN sahaja.
![]() |
Sim tempelak Muhyiddin |
Muhyiddin dalam satu majlis di Beaufort mengumumkan kerajaan-nya bersetuju menaikkan elaun sara hidup nelayan daripada RM250 kepada RM300 sebulan.
Bagaimanapun, Sim berkata, apa yang diumumkan Muhyiddin pada majlis tersebut merupakan dasar baru yang diwujudkan HARAPAN yang dicadang diperluas ke semua sektor pertanian pada tahun ini.
"Saya ingin 'set the record straight'. Semasa Datuk Seri Salahuddin (Ayub) dan saya memimpin Kementerian Pertanian, kami melakukan dua perkara utama untuk nelayan tradisional (Zon A).
"Memperjuangkan kembalikan ESH (elaun sara hidup) ke RM300 pada tahun 2020 dan caruman Perkeso nelayan (Dasar Baru HARAPAN)," katanya.
Malah katanya, pada hari terakhir menjawat jawatan timbalan menteri, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai dari Jabatan Perikanan untuk melaksanakan caruman Perkeso untuk nelayan.
0 Comments