Hafizh Shahrin semakin OK!


PELUMBA
Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah kini berada di tanahair bagi menjalani tempoh pemulihan susulan kemalangan ngeri di Grand Prix (GP) Austria 16 Ogos lalu.

Memetik satu laporan tempatan, pelumba pasukan Inde Aspar itu berkata, beliau kini merasa semakin pulih daripada kecederaan dialaminya selepas terbabit dalam kemalangan itu.

Hafizh baru selesai menamatkan tempoh kuarantin wajib di sebuah hotel memberitahu, apa yang lebih penting ialah dia dapat bersama keluarga di Malaysia.

Namun apa yang lebih penting, pelumba pasukan Inde Aspar itu akan dapat menemui keluarganya untuk mendapatkan semangat baharu selepas menamatkan tempoh kuarantin di sebuah hotel hari ini.

"Keadaan saya semakin baik, cuma kadang-kadang bila cuba bergerak cepat akan terasa sakit.

"Tetapi ia lebih baik berbanding sebelum ini. Boleh dikatakan setiap hari saya melalui proses pemulihan dengan baik.

"Saya juga boleh berjalan perlahan-lahan tanpa menggunakan tongkat," katanya.

Pelumba berusia 26 tahun itu pulang seketika ke tanah air dua minggu lalu selepas kalendar MotoGP berehat dan hanya akan bersambung di GP San Marino, 13 September ini.

Pada GP Austria lalu, Hafizh yang sedang memecut dengan kelajuan tinggi tidak dapat mengelak dan melanggar jentera pelumba Italtrans Racing Team, Enea Bastianini yang melintang di tengah litar.

Hafizh kemudian dilihat terpelanting jauh menuju ke tepi litar dan jenteranya berkecai sebelum bendera merah dikibarkan dan perlumbaan dihentikan seketika.

Susulan kemalangan dialaminya, Hafizh tidak dapat menyertai DP Styria yang diadakan pada minggu berikutnya.