TINDAKAN Mohamed Azmin Ali, Individu yang digelar 'pengkhianat' oleh penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) susulan peranannya dalam langkah "Sheraton' dianggap hanya bertujuan menyalahkan diri sendiri.
Demikian kata Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu merujuk tuduhan Azmin bahawa kerajaan HARAPAN gagal selepas diberi peluang menjadi kerajaan Persekutuan selama 22 bulan.
“Azmin datang ke Slim dia maki kerajaan PH kerana gagal, dialah sebab dia jadi menteri 22 bulan.
“Malu hadirin sekalian, kita datang maki bapa kita, malu ke tidak, dia 22 bulan jadi menteri dia datang maki kerajaan dulu,” katanya ketika ceramah kempen calon Bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi semalam.
Ketika era pentadbiran HARAPAN, Azmin diberi tanggungjawab sebagai menteri yang menjaga hal ehwal ekonomi.
Azmin yang baru menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kempennya mendakwa ramai rakyat negara ini akan mati dijangkiti koronavirus (Covid-19) sekiranya HARAPAN masih memerintah.
![]() |
Bukti menafikan tuduhan Azmin |
Untuk rekod pada Januari, ketika pendemik Covid-19 mula menyerang dunia, Kementerian Kewangan dibawah Lim meluluskan peruntukan tambahan untuk mendapatkan 12 pengimbas suhu badan oleh Kementerian Kesihatan.
Peruntukan itu diluluskan secara serta-merta dengan alasan bersifat kritikal bagi menyekat penularan Covid-19 dan perlindungan kesihatan awam.
Sementara itu dalam ceramahnya, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Muhyiddin perlu ditolak rakyat kerana tidak mempunyai manifesto.
PN juga jelassnya berada dalam keadaan cacamarba berbanding HARAPAN yang bersifat lebih kemas dengan tawaran manifesto.
“Mereka tidak ada manifesto, Umno dengan cara dia, PAS dengan cara PAS, sekarang bila jadi kerajaan mereka tidak peduli soal RUU355, soal LGBT, dia tak peduli apa dah, tidak ada prinsip,” katanya.