KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 7 kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
menurutnya, daripada 7 kes baru yang dilaporkan hari ini, 2 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia.
Dua kes import tersebut adalah dari negara Filipina dan dari Amerika Syarikat, kedua-dua kes itu dikesan di Kuala Lumpur.
Sementara itu, daripada 5 kes penularan dalam negara, 2 membabitkan warganegara Malaysia dan 3 bukan warganegara.
3 kes bukan warganegara itu adalah dari Sarawak, iaitu 2 kes saringan di tempat kerja.
“Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan 1 kes sebelum balik ke negara asal,” katanya.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, 6 pesakit sembuh hari ini.
Dengan perkembangan itu, Malaysia merekodkan 9,274 kes Covid-19 dengan 8,965 daripadanya sembuh.
Jumlah kematian pula kekal 125 orang dan tiada kematian baru dilaporkan.
Ketika ini, 184 pesakit Covid-19 dirawat di seluruh negara. 8 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 5 memerlukan alat bantuan pernafasan.
0 Comments