'Kesetiaan' faktor penting pilih calon - Shafie Apdal


PRESIDEN
Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Shafie Apdal menegaskan bahawa kesetiaan pemimpin kepada parti akan menjadi kriteria utama dalam memilih calon Warisan dan sekutunya dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Perkara itu ditegaskan Shafie dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook Borneo Today.

"Kami akan mempertimbang muka baru dan (mereka yang) ada sedikit latar belakang dari segi pendidikan... tetapi kriteria utama kita ialah bukan hanya muka baru atau berkelulusan tetapi yang tidak mahu melompat.
https://t.me/kartelmedia
“Kita boleh letak pemegang ijazah, boleh letak pakar dan doktor tetapi (jika) esok melompat tiada gunanya, bagi kita keutamaan mereka mesti mempunyai kesetiaan terhadap perjuangan yang ada,” katanya .

Kenyataan Shafie itu menyusul selepas beliau mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) dan Pakatan Harapan (HARAPAN) Sabah di Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Shafie memaklumkan pembahagian kerusi telah dilakukan dan akan diselesaikan dalam tempoh seminggu, namun menegaskan rundingan yang dilakukan atas semangat setiakawan dan keupayaan untuk menang.

"Anda dapat melihat kami, kami berdiri di sini bersama. Kami akan melawan mereka.

"Kami akan memastikan kita bersatu dalam pilihan raya ini untuk mengalahkan mereka yang cuba merebut kuasa dari kita," katanya lagi.

Pada 30 Julai lalu, Shafie mengumumkan pembubaran DUN, Ia dilakukan sehari selepas bekas ketua menteri Musa Aman, mendakwa dia mempunyai sokongan yang cukup di DUN untuk membentuk kerajaan negeri.

Banyak pemerhati menyifatkan tindakan dilakukan Shafie itu sebagai langkah tepat bagi menamatkan percubaan rampasan kuasa yang menyebabkan politik di negeri itu bergolak.

Sementara itu,  Shafie yang kini ketua menteri sementara Sabah berkata dia telah mengarahkan penasihat undang-undang negeri untuk melihat undang-undang antilompat seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang dapat dikaut kuasa di Sabah.

Bagimanapun, Shafie berkata undang-undang tersebut hanya dapat dilaksanakan selepas PRN yang akan dilaksanakan dalam tempoh 60 hari elepas 30 Julai lalu - hari DUN dibubarkan.

"Sebenarnya, sebelum ini, kami telah melihat masalah tersebut tetapi ada hujah bahawa ia (undang-undang antilompat) tidak berperlembagaan," katanya.

Namun, Shafie berkata cadangan alternatif telah dibuat di Dewan Rakyat iaitu pemilihan berdasarkan parti, di mana kerusi dimenangi oleh parti dan bukannya individu, menjadikan perubahan sokongan wakil rakyat suatu kawasan tidak membawa apa-apa kesan kepada kerajaan negeri.

Post a Comment

0 Comments