Perbicaraan skandal 1MDB Najib disambung semula


PROSIDING
mahkamah untuk perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan Najib Razak telah bermula semalam.

Najib yang ditangguhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd minggu lepas setelah membayar wang jaminan RM2 juta hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

BACA:
Sumpah baru Najib lepas kena hukum 12 tahun penjara
BACA: Pegawai bank disabit bersalah 'tutup mata' dana 1MDB

Prosiding tersebut bermula dengan peguam, Wan Aizuddin Wan Mohammed meneruskan soal balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 50, yang memberikan keterangan sejak 23 September tahun lepas.
https://t.me/kartelmedia
Dalam prosiding tersebut, Shahrol Azral bersetuju dengan cadangan Wan Aizuddin bahawa urus niaga pengambilalihan sebuah syarikat tenaga iaitu Mastika Lagenda Sdn Bhd oleh 1MDB hanyalah satu wayang bagi menipu lembaga pengarah.

“Pada masa itu (2012), saya tidak tahu tetapi kini berdasarkan pengalaman, ya,” kata saksi itu.

Difahamkan, Mastika Lagenda memiliki 75 peratus saham dalam syarikat Genting Sanyen Power Sdn Bhd (GSP), yang sebelum ini dilaporkan diambil alih oleh 1MDB selepas mendapat persetujuan menyeluruh daripada Najib.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.

Ketika prosiding semalam, Shahrol Azral ketika diasak sebagai bersubahat dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan tokoh lain yang terlibat dalam skandal 1MDB menegaskan bahawa beliau tidak terlibat langsung dengan mereka.
 
Perbicaraan dihadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah disambung hari ini.

Post a Comment

0 Comments