V. Krishnasamy meninggal dunia


BEKAS
pemain bola sepak negara dan juga atlet Olimpik V. Krishnasamy meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada Ahad.

Krishnasamy, 72 tahun, dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat dan dilapor meninggal dunia akibat komplikasi jantung setelah lama bertarung dengan penyakit diabetes.

Anaknya,  Thanaselan, 44, berkata bapanya dimasukkan ke hospital selepas dia mengadu sukar bernafas dan tidak sedarkan diri pada hari yang sama sebelum dia meninggal dunia.

"Setiap hujung minggu, kami menghabiskan masa bersama untuk menonton bola sepak. Saya pasti akan merinduinya," katanya dipetik.
https://t.me/kartelmedia
Kematian Krishnasamy, atlet pasukan Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, disifatkan sebagai kehilangan besar bagi sukan bola sepak tanah air.

Rakan Krishnasamy ketika beraksi bersama pasukan Penjara Malaysia, Khalil Hashim, 73 tahun menyifatkan mendiang sebagai seorang pemain bola sepak yang hebat.

"Saya mengenali Samy sejak lebih 50 tahun tahun dan terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang memberitahu Samy telah tiada.

" Saya bertemu dengan beliau minggu lepas di rumah jagaan warga emas di Bukit Gelugor dan beliau kelihatan macam biasa.

"Samy macam mesin bila berada di atas padang dan beliau tidak pernah kelihatan penat serta mempunyai keserasian dengan kesemua rakan sepasukan," katanya ketika ditemui di rumah pengebumian di Paya Terubong.

Krishnasamy meninggalkan isteri, S Raza, 72; anak sulung, Kassturi, 45, dan empat cucu.

Mayat Krishnasamy dibakar di Krematorium Hindu Batu Lanchang pada jam 1 tengah hari semalam.

Post a Comment

0 Comments