MALAYSIA mencatatkan dua kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes keseluruhan direkodkan setakat ini sebanyak 9,001 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam kenyataannya memaklumkan Kedua-dua kes baru itu merupakan jangkitan dalam negara melibatkan warga tempatan.
“Tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang dilaporkan pada hari ini.
“Kes penularan dalam negara Covid-19 adalah di Kedah, iaitu 1 kes daripada kluster PUI Sivagangga dan di Wilayah Persekutuan Labuan ada 1 kes saringan rawak di lapangan berkaitan pelajar kolej.
“Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan,” katanya.
Perkembangan ini menjadikan kes aktif Covid-19 ketika ini ialah 208 kes dan kesemua mereka sedang dirawat di hospital.
Seorang pesakit dirawat di unit rawatan rapi tanpa memerlukan bantuan pernafasan.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban Covid-19 di Malaysia kekal 125 orang.
0 Comments