Bimbang pelitup muka dipakai berulang kali


SEORANG
Ahli Parlimen bimbang sekiranya golongan berpendapatan rendah akan menggunakan pelitup muka secara berulang kali.

Bercakap dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, Charles Santiago (DAP-Klang) berkata, golongan tersebut termasuk pekerja asing dan pelarian menggunakan pelitup muka separuh muka berulang kali untuk berjimat, walaupun ia mendedahkan diri mereka kepada penularan Covid-19.

Mereka jelasnya tidak mampu menanggung kos pelitup muka pakai buang sedia ada setiap hari.

https://t.me/kartelmedia
“Keluarga yang terdiri daripada empat orang menggunakan enam helai topeng muka sekali pakai untuk sehari dan membayar RM1.20 sehelai, menelan kos sekitar RM216 sebulan untuk pembelian pelitup separuh muka.

“Dan ini merupakan kira-kira 20 peratus daripada upah minimum negara RM1,200,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Justeru, Charles mencadangkan agara kerajaan menggalakkan industri penghasilan pelitup muka dikembangkan di negara ini, ia bagi menjadikan kos pelitup pakai buang itu menjadi lebih murah.

Bagi tujuan itu, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin wajar mengambil langkah memberikan subsidi bagi menggalakkan industri tersebut dimana dana itu boleh disalurkan melalui kursus usahawan kecil dan boleh dikembangkan kepada NGO dan organisasi komuniti (CBO) yang telah menghasilkan pelitup muka jenis itu.

Langkah itu juga jelasnya dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka yang hilang pekerjaan sewaktu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.

Charles turut mencadangkan kerajaan bekerjasama dengan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Mara dan agensi lain dengan menawarkan kelas penjahitan dalam penghasilan pelitup separuh muka kain.

“Salurkan juga dana untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan pelitup separuh muka ini akan dapat melepasi kecekapan penapisan bakteria (BFE), kecekapan penapisan zarah (PFE), ujian penembusan darah sintetik, ketahanan bendalir, kadar penapisan dan ujian kemudahbakaran,” katanya.

Dia turut memberi contoh negara lain seperti Vietnam, Hong Kong dan Korea Selatan dalam mengembang dan menambah baik penghasilan pelitup separuh muka yang boleh digunakan semula.

Post a Comment

0 Comments