Tak mustahil Azmin khianat lagi - Syed Badli


SEORANG
pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) tidak menolak kemungkinan Mohammad Azmin Ali akan mengkhianati kerjasama Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).

Syed Badli Shah Syed Osman berkata begitu sebagai mengulas kenyataan pemimpin Umno dan PAS yang mendakwa tindak tanduk Azmin seolah-olah sedang berusaha untuk mengetepikan MN di Selangor.

Naib Ketua AMK itu menyambut baik kritikan Umno dan PAS Gombak terhadap Azmin sambil mengingatkan 'pengkhianatan' Azmin terhadap parti KEADILAN yang pernah dianggotainya sebelum ini.
https://t.me/kartelmedia
"Beliau berpotensi untuk mengkhianati Muafakat Nasional kerana Azmin mempunyai sejarah mengkhianati rakan seperjuangan.

"Justeru itu langkah yang diambil Umno dan Pas kawasan Gombak adalah tepat dan saya menegaskan sekali lagi bahawa mandat tersebut perlu dipulangkan kembali kepada rakyat Gombak," katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu dikritik kerana didakwa cuba membelakangkan dua parti dalam tidak melibatkan mereka dalam mesyuarat penyelarasan pembangunan peringkat daerah dan negeri itu.

Kritikan itu disuarakan oleh Yang di-Pertua PAS Gombak, Salehuddin Mohd Nasir dan Ketua Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin.

Sebagai rekod, Umno dan PAS merupakan rakan gabungan dalam kerajaan baharu ditubuhkan Muhyiddin dan beberapa bekas pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN), termasuk Azmin setelah HARAPAN ditumbangkan melalui 'langkah Sheraton'.

“Saya perasan ada gerakan yang halus dan saya pun tidak tahu, Azmin ini parti apa. Dia bergerak sebagai (parti) apa?,” kata Salehuddin dalam satu temubual.

Sementara itu, Syed Badli menyifatkan Azmin sudah tidak relevan lagi dalam arena politik tanah air.

"Azmin sudah tidak relevan lagi berada di kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa. Bahkan beliau sudah tidak relevan untuk terus berada di arena politik negara.

"Azmin seharusnya mengosongkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa untuk dipulangkan kembali kepada rakyat," katanya.

Post a Comment

0 Comments