SEORANG pemimpin DAP menggesa agar pemimpin parti Amanah supaya melupakan usaha mengadakan kerjasama dengan bekas Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Gesaan itu dibuat ahli jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau susulan tindakan beberapa ADUN dari parti itu yang memilih untuk berhijrah ke parti lain dalam gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Boo berkata, beliau difahamkan terdapat beberapa pihak dalam Amanah yang masih memandang tinggi terhadap Mahathir berbanding ketua pembangkang Anwar Ibrahim.
Dan jelasnya tindakan itu telah menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan ahli dan pemimpin lain dalam parti itu.
“Anwar adalah pemimpin kita yang tidak dipertikaikan. Kita harus mengikut arahannya dan berpegang kepada prinsip HARAPAN.
“Tidak boleh ada lebih daripada satu ‘kuda’ menarik ‘kereta sorong’ HARAPAN atau ia akan pergi ke arah yang berbeza-beza,” kata Boo.
“(Prinsip) HARAPAN adalah tentang kepelbagaian budaya, kita harus menerima hakikat bahawa ini bukan yang diinginkan Dr Mahathir dan ia terbukti apabila dia menyokong Kongres Maruah Melayu tanpa berunding dengan pemimpin HARAPAN yang lain.” katanya dipetik FMT.
Sebelum ini, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Amanah di Johor keluar daripada parti dan menyertai KEADILAN, tindakan ia menyusul keputusan dua ADUN parti itu di Selangor yang membuat langkah sama tahun lalu.
![]() |
Pemimpin digesa pegang prinsip HARAPAN |
Sementara itu, Cheng Hau menegaskan bahawa walaupun situasi 'tukar parti' tidak ideal, namun apa yang penting jelasnya adalah semua ADUN berkenaam masih berada dalam HARAPAN.
0 Comments