KETUA Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) bertemu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azizan Harun di bangunan Parlimen hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Anwar melalui satu kenyataan hari ini susulan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Feb lalu yang memberi pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.
"Dalam pertemuan itu kami membangkitkan keperluan mengadakan sidang Dewan Rakyat selaras dengan kenyataan media Istana Negara tempoh hari," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan semalam berkata kabinet pentadbiran PN bersetuju sidang parlimen ditangguhkan sehingga 1 Ogos depan.
Takiyuddin memberi alasan 'kononnya' berdasarkan analisis data dan sains, wujud kekhuatiran berlaku penularan Covid-19 dalam bangunan parlimen terutama menurutnya majoriti ahli parlimen yang merupakan warga emas.
Bagaimanapun alasan diberikan Ahli Parlimen dari PAS itu dikritik HARAPAN dan pemimpin Umno terutama apabila banyak aktiviti seperti sekolah dan pasar malam yang juga berada dalam ruangan sempit seperti dalam Parlimen telah dibuka kembali.
![]() |
Pertemuan berlangsung hari ini |
"Majlis Presiden juga turut menyentuh beberapa isu mutakhir serta persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15," katanya lagi.
0 Comments