SEORANG peserta protes kematian George Floyd di Seattle maut dirempuh sebuah kereta yang tiba-tiba meluru ke arah kumpulan penunjuk perasaaan.
Memetik laporan Awani, insiden itu telah dikongsikan melalui satu rakaman video yang menunjukkan kereta berkenaan dipandu dengan laju ke arah kumpulan terbabit yang sedang melintas jalan raya dan menyebabkan dua wanita berkenaan tercampak selepas dirempuh.
Pasukan perubatan berusaha menyelamatkan kedua-dua mangsa yang cedera parah sebelum seorang daripadanya disahkan meninggal dunia.
Susulan insiden itu, pihak berkuasa kemudian bertindak menahan pemandu kereta berkenaan.
Sebagai rekod, Seattle ketika ini dibanjiri kumpulan protes susulan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd, 25 Mei lalu yang diperlaku kejam semasa ditahan polis di Minneapolis.
Protes terhadap kekejaman itu berlaku di banyak kawasan di Amerika Syarikat, ketika negara itu menjadi negara paling terjejas teruk akibat wabak Covid-19.
0 Comments