PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendiriannya dalam isu memperjuangkan Bahas Melayu.
Melalui hantaran video tazkirah mengenai fahaman perkauman sempit dan pandangan agama secara langsung di Facebook malam tadi, Anwar menjelaskan pendirian yang tidak akan bertolak-ansur dalam perkara tersebut seperti mana yang diperjuangkan sejak di Universiti Malaya (UM).
Tegasnya, perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara itu bukan bersikap perkauman. Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu turut menggesa rakyat mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
"Lebih daripada itu ialah usaha bukan sekadar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tapi universiti, pimpinan politik, media kerajaan dan media awam untuk mengangkat mutu Bahasa Melayu itu.
"Bukan sahaja dari segi bahasa dan sastera tetapi juga dari segi disiplin ilmu.
"Apakah ini bermakna ia perkauman? tidak. Kita mengangkat ini kerana ini prinsip Perlembagaan, ini disepakati oleh sebuah kaum, ini negara Malaysia yang memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu," ujarnya.
Anwar berkata begitu sebagai mengulas pandangan ramai yang menentang idea pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sehingga Bahasa Melayu itu seolah-olah tiada keupayaan untuk mempelajari Sains dan Matematik.