PELUMBA Mercedes AMG Petronas juara GP Hungary


PELUMBA
pasukan Mercedes AMG Petronas F1, Lewis Hamilton menjuarai Grand Prix (GP) Hungary, malam tadi.

Hamilton yang mempamerkan pemanduan klasik bukan sahaja melengkapkan kejayaan hatrik, namun menyamai satu daripada rekod lagenda F1, Michael Schumacher.
https://t.me/kartelmedia
Ia adalah kemenangan kedua Hamilton musim ini selepas GP Styrian dan mengangkatnya ke persada kejuaraan pemandu dengan satu mata mengatasi rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas yang menang GP pembukaan di Austria.

"Pusingan Pertama melibatkan pelbagai masalah dan saya tidak bersedia. Namun saya kembali fokus dan saya berada di tahap terbaik minggu ini," kata Hamilton merujuk kepada kekalahannya musim ini.

BACA:
Petronas SRT rangkul podium, Hafizh Shahrin tempat ke-6

Sebagai rekod, Hamilton mendahului perlumbaan sejak dari awal saingan untuk mencipta kemenangan ke-86, kurang lima berbanding rekod Schumacher iaitu 91.

Kemenangan Hamilton di Hugary menyamai lapan kemenangan Schumacher di GP Perancis, terbanyak dalam satu-satu perlumbaan.

Selain Hamilton, podium kejuaran malam tadi dilengkapkan dengan pelumba Red Bull, Max Verstappen dan rakan sepasukan Hamilton Valtteri Bottas yang masing-masing menamatkan perlumbaan di posisi kedua dan ketiga.

Post a Comment

0 Comments