ADUN Rahang buat u-turn, sertai kembali DAP


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Rahang Mary Josephine Prittam Singh menarik semula pengumuman keluar DAP.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke pada sidang media khas di Seremban pagi tadi.

"Dengan suka citanya saya nak mengisytiharkan bahawa Adun DUN Rahang saudari Mary Josephine telah menarik balik peletakan jawatan dari parti DAP," katanya.
https://t.me/kartelmedia
Terdahulu, pada 10 Julai, Mary mengumumkan keluar DAP setelah berulang kali merasakan telah diketepikan dari proses membuat keputusan.

Bagaimanapun, Mary terus kekal sebagai wakil rakyat yang menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).

Susulan keputusan itu, Loke berkata. beliau dan pemimpin lain telah pun mengadakan sidang akhbar dan menghantar surat meminta Mary mempertimbangkan semula dan menarik balik peletakan jawatan itu.

BACA:
Pentadbiran Negeri Sembilan tak terjejas

"Pemimpin-pemimpin DAP telah membuat kenyataan terbuka serta menghantar mesej dan membuat panggilan meminta untuk kembali ke parti di mana beliau sudah berada 46 tahun.

“Pada Jumaat yang lalu saya telah bertemu dengan beliau di Kuala Lumpur dan beliau bersetuju untuk menarik balik peletakan jawatan," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri veteran DAP Lim Kit Siang yang menyokong Mary.

Beliau turut berkata ada ura-ura Barisan Nasional (BN) cuba menarik Mary menyertai gabungan itu, namun beliau yakin percubaan itu tidak akan berjaya.

Sementara itu, Mary memberitahu bahawa berhasrat untuk menarik balik keputusan meninggalkan parti selepas menerima sokongan daripada pemimpin DAP dan pengundi DUN Rahang.

"Saya kembali bersama DAP kerana ia menyakiti untuk meninggalkan DAP. Tapi, yang lebih menyakiti adalah bagi saya melihat merindukan sesuatu yang saya sayang dan mempercayai selama 46 tahun.

"Saya akan kembali menerima semua jawatan yang saya pegang di peringkat negeri dan kebangsaan," katanya lagi.