BEKAS ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang sebelum ini menghadapi 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang berkaitan konsesi balak di negeri itu dibebaskan.
Keputusan terbaharu di Mahkamah Tinggi itu selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya Azhar Abdul Hamid memohon untuk menggugurkan semua pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Musa.
Musa,69' sebelum ini menghadapi 30 pertuduhan kes rasuah sebagai ejen kerajaan negeri Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, telah secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah US$50.1 juta.
Beliau turut menghadapi 16 pertuduhan iaitu secara tidak langsung membabitkan diri dalam pengubahan wang haram daripada beberapa individu.
Peguam bela Musa Francis Ng mengesahkan anak guamnya telah dibebaskan.
"Ya, semua tuduhan ditarik dan Tan Sri (Musa) dilepas dan dibebaskan sama sekali," kata Ng.
Musa berketurunan Peranakan Pakistan Dusun menjadi Ketua Menteri Sabah ke-14 sejak mac 2008 hingga Mei 2018.
Beliau turut mempunyai seorang anak lelaki, Yamani Hafez Musa yang turut aktif dalam politik.
Hafez merupakan Ahli Parlimen Sipitang dan wakil rakyat mewakili parti Bersatu.
0 Comments