Khalid selar 'senyuman' menteri kewangan


BEKAS
menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menyelar pengumuman kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang membuat rancangan untuk membuat pinjaman ekoran kegawatan ekonomi akibat Covid-19.

Memetik Malaysia dateline, ketika mengulas kenyataan  Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Khalid menegaskan bahawa tindakan itu hanya akan membebankan generasi masa depan dengan hutan.

“Menambah pinjaman dan hutang sambil tersenyum. Bukan duit aku dan bukan hutang aku. Generasi akan datang dan seterusnya settlekanlah,” ujar Pengarah Komunikasi AMANAH itu di Twitter hari ini.

Portal itu dalam laporannya memetik Zafrul memberitahu kepada Reuters, Malaysia mempertimbangkan pilihan untuk menaikkan aras hutang awam susulan jangkaan defisit fiskal akan meningkat kepada sekitar 6 peratus daripada pengeluaran ekonomi tahun ini ekoran pakej rangsangan menangani kesan pandemik Covid-19.

Jelasnya, suntikan dana RM10 bilion yang diumumkan pada 5 Jun lalu akan ditampung melalui pinjaman domestik.

Sementara itu, Khalid menyifatkan reaksi Zafrul yang tersenyum ketika menyampaikan hasrat meningkatkan aras hutang itu sama seperti “boss”  ketika menyamun.

Petikan layan Twitter Khalid
Tanpa menyebutkan siapa “boss” yang dimaksudkan, ungkapan “mangsa scam” yang ditulis oleh Khalid dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

“Seperti boss itu yang menyamun sambil tersenyum. Saya tak tahu… Saya mangsa scam. Tapi duit dah habis joli. Beg tangan ohh beg tangan,” sindir Khalid lagi.

Sebagai rekod, Najib kini berdepan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd bernilai kira-kira RM42 juta.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib di Mahkamah mendakwa anak guamnya itu merupakan mangsa penipuan beberapa individu termasuk ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

Post a Comment

0 Comments