JENAZAH Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya selamat disemadikan kira-kira jam 8.50 pagi tadi.
Sebelumnya jenazah tiba di rumah ibu mentuanya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta, di sini, jam 5.45 pagi tadi.
Ketibaan jenazah dalam suasana pilu disambut dengan penuh istiadat ketenteraan oleh pasukan 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Markas 2 Briged, Ipoh.
Jenazah selamat dikebumikan | Sumber- Google |
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba di kediaman ibu mentua Allahyarham, pada jam 6.50 pagi bagi memberi penghormatan terakhir.
Suasana di tanah perkuburan Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, Hujan rintik mengiringi majlis pengkebumian pagi tadi.
Melalui siaran video secara langsung oleh Sinar, dianggarkan kira-kira 200 orang terdiri dari anggota tentera, keluarga dan penduduk setempat hadir ke majlis tersebut.
Bapa Allahyarham AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie dan Isteri Mohd Zahir kelihatan sugul. Wakil dari Kementerian pertahanan menyempurnakan istiadat pengkebumian dengan menyerahkan Jalur Gemilang kepada waris Allahyarham.
Malam tadi, Jenazah tiba di tiba di perkarangan Masjid Al Fatih di Kem Wardieburn, Setapak, kira-kira jam 1.48 pagi tadi.
Ketibaan jenazah disambut kira-kira 2,000 hadirin termasuk Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Panglima Angkatan Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, ahli keluarga Allahyarham serta pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Selesai disolatkan kira-kira jam 2.43 pagi itu kemudiannya dibawa pulang ke kampung halaman isterinya, Nour shafinar Harun.
Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik dalam satu demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Kem Lok Kawi
Kemalangan menimpa Mohd Zahir mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk pemimpin kerajaan persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menitip ucapan takziah Seri Paduka berdua kepada anggota keluarga Allahyarham Mohd Zahir.
0 Comments