Keluarga dedah sifat sebenar Mejar Mohd Zahir


ALLAHYARHAM Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut tertembak dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah, semalam disifatkan sebagai seorang yang ceria dan sering menghiburkan.

Kakak ipar Mohd Zahir, Nour Shakini Harun, 35, berkata Allahyarham seorang yang berperwatakan kelakar dan mudah mesra dengan keluarga mertuanya.

"Dia adik ipar yang baik dan menghormati kami sekeluarga, tidak kekok untuk bergaul dengan kami hinggakan disukai semua ahli keluarga,” kata Nour Shakini Harun, 35.

Allahyarham seorang yang ceria
Tambah Nour Shakini, kali terakhir dia bertemu dengan adik iparnya itu ialah pada awal bulan lalu ketika bersama-sama pergi ke kenduri kahwin keluarga mereka di Pulau Pinang.
Mohd Zahir ketika itu katanya ceria dan bersembang dengan mereka sekeluarga serta membuat jenakanya.

“Arwah memang dikenali sebagai seorang yang tegas ketika bertugas, namun di sebalik karektor itu, dia kelakar dan mudah didekati sesiapa saja.

"Walaupun sedih dengan pemergiannya, kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya dipetik laporan media.


BACA: Jenazah Mejar Mohd Zahir disambut ribuan orang

BACA: Hujan renyai iringi perjalanan terakhir Mejar Mohd Zahir

Sementara itu, pelakon dan pengarah, AR Badul, 70 mendedahkan sikap anaknya yang sentiasa cekal dan berlapang dada dalam menghadapi setiap cabaran.

Mohd Zahir yang merupakan anak keduanya daripada enam beradik itu jelasnya seorang yang memang bercita-cita untuk menjadi tentera sejak kecil kerana sifatnya yang lasak dan sangat sukakan cabaran.

Malah menurutnya, Allahyarham sentiasa cekal dan berlapang dada apabila menghadapi cabaran.

"Arwah tidak pernah merungut. Baginya, apa yang berlaku itu adalah ujian dan cabaran seorang perwira sejati.

"Dia seorang anak yang baik, penyayang, ceria tidak pernah berdendam dengan orang, positif dan paling utama sikapnya yang 'happy go lucky' dan ‘gila-gila’ macam saya," kata pelakon filem Darah Satria dan Prebet Lapok itu.


BACA:
Mengidam ikan sembilang, Zahir hantar foto terakhir untuk isteri

BACA:'Ini persembahan terakhir'- mesej anak AR Badul

Namun menurut AR Badul beliau sedikit terkilan kerana cita-cita Mohd Zahir untuk menjadi pengawal peribadi Yang di-Pertuan Agong tidak kesampaian.

"Sebagai bapa, saya sangat menyanjung tinggi kerjaya anak dan sentiasa menyokongnya. Malah, arwah saya sifatkan seorang lelaki gagah berani demi menabur bakti pada pertiwi.

"Paling saya terasa, arwah sangat bercita-cita mahu menjadi pengawal peribadi Yang di-Pertuan Agong tetapi hasratnya tidak kesampaian," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments