Belanjawan 2020: Peruntukan Sabah naik setelah 40 tahun



PERUNTUKAN khas RM53.4 juta diumumkan Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sabah pada pembentangan Belanjawan Jumaat lalu disambut baik.

Walaupun jumlahnya tidak terlalu besar, Namun ketua Menteri Sabah, Shafie Afdal menyifatkanya sebagai sangat bermakna apabila ia pertama kali dalam tempoh 40 tahun jumlah itu ditingkatkan.

“Kami hanya menerima RM26 juta (peruntukan khas) selama 40 tahun,”

“Kita berterima kasih…sekurangnya boleh membantu kita walaupun jumlah tak besar.

“Sabah merupakan negeri yang besar, populasi ketiga terbesar dan kedua terbesar dari segi saiz,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya peruntukan keseluruhan RM5.2 bilion untuk Sabah mewakili 17% daripada jumlah belanja pembangunan tahun depan, dan sememangnya ia sangat perlu untuk membangunkan prasarana negeri.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan tambahan RM53.4 juta untuk Sabah dan RM32 juta untuk Sarawak.

Kerajaan juga akan menaikkan kadar peruntukan khas sehingga RM106.8 juta untuk Sabah dan RM64 juta untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun.

Post a Comment

0 Comments